Tuesday, February 21, 2006
Babak 1.. Selepas Tol Serdang akan ada 2 jalan..satu ke selatan dan satu lagi ke KL.Pagi tadi masa nak ke opis..tiba2 ada satu mamat bawak kete wira sedan tiba2 nak buat u-turn kat jalan satu lane sehala ke KL.Masa dia dok menyilang kat tengah jalan satu lane tu ..aku sempat brek tapi satu mamat bawak Virago tak sempat buat apa2..dummmmm hantam cantik punya kat sebelah depan kete tu.Babak yang berikutnya hanya depa je yang tau.
Babak 2.. Masa aku pi Shah Alam pulak kat bulatan dekat Tesco tu..macam biasa ler kita sebelah kiri berilah laluan untuk mereka yang datang dari sebelah kanan.Berenti sebelah aku kete proton lama..tiba2 takde angin takde ribut datang sebijik Merc sudah hantam belakang kete proton ni.Yang peliknya saudagar besar tu bole cakap "apasal u berenti kat sini"..semua yang ada terpinga2 sambil merenung saudagar besar tu....
Aku paham apa yang berlaku tu qadak dan qadar ALLAH TAALA..takde sapa yang boleh menghalangnya.Aku pun pernah hentam belakang kete orang..bukan sempurna pun aku.TAPI yang aku tak paham macamana orang boleh buat benda tak masuk akai dan tak sanggup mengaku kesalahan sendiri.Tahun depan aku rasa tak payah ler nak sekat cuti polis2 trafik tu..Kesian kat depa biarlah depa bercuti ngan famili diaorang..ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.Selagi ada pemandu yang bodoh sombong macam tu...selagi tulah accident akan berlaku setiap hari.
# Tokei |
Permalink |
Tuesday, February 07, 2006
Hari ni serba tak kena untuk aku.Pagi tadi dah ler terbabas..terjaga waktu syuruk.Aku pulak terlupa mulai bulan ni aku masuk keje 0845 balik 0545..ini semua NUBE punya kehendak ler.Masa nak kuar rumah baru teringat.. nasib baik Najmi nak pi taska ngan Pnut.Takpe motor aku power..aku sampai opis..aku access ngam2 0845. Cik Siah tegur..'awai bang?"..takpe janji aku sampai lebih awai dari bos kau..bos aku jugak.Tak tau ler apa nak jadi ngan bapak ketam tu. Baru nak duduk relak2..icon email aku dok kelip2 pulak dah.Jin kerajan mana pulak nak sampaikan lagu ni.Aduh ada meeting ler pulak.Takpe aku ada pemain simpanan..call Zol..cuti anak masuk sekolah teknik.Call Lim..mc sakit tekak..call Syima laa camana aku tak tau dia cuti bersalin..sebelum cuti raya cina ari tu aku tengok selamba rock je. Suka tak suka aku ler tanggung bahananya..takkan aku nak kata aku cuti mati. Masa ni segalanya bermula..aku tengok sekali takde..aku tengok sekali lagi pun takde.Mana kasut kawin aku ni.. dengan stokin pakai buang tu pun kau sapu setannnnnnn.Aku sayang kasut tu pasai itulah kasut kawin ..aku hanya pakai kat opis je.Saja nak beritahu awek2 cun kat opis ni aku dah ada yang punya.Time ni ler kau nak kebas kasut aku toyollllllll.Apa nak buat aku pakai sandal je ler. Sebelum ni kalo pi meeting..aku akan pastikan aku orang kedua paling lambat masuk.Kalo 10 orang datang,aku orang ke 9 sampai..kalo 8 orang datang..aku orang ke 7 sampai dan begitulah seterusnya.Tapi hari ni aku orang pertama sampai...diulangi aku orang pertama yang sampaiiiii.Semua yang sampai asyik kenen jer kat aku..aku tau korang jeles tu.Hari ni aku duduk skema nak mampos macam kaki aku dah kena paku kat bawah meja.Depa tak tau aku cover line..takut kantoi ngan boss. Habis meeting pun aku tak macam selalu..biasanya akulah antara orang yang pertama cabut..hari ni dengan tertib aku biarkan orang2 tua tu keluar dulu..berbudi bahasa amalan kita.Lega plan aku menjadi pagi ni..tapi tak lama macam kata orang dulu2 tu..sepandai-pandai engkau merancang..akhirnya termengandung jugak.Aku ingatkan depa semua dah turun ..jadi aku pun pi ler ke lif..bila pintu lif terbuka jer semua yang meeting tadi tu ada..rupanya lif ni naik ke atas dulu..kantoi2..aku tak tergamak nak tulis apa yang depa kutuk dan gelakkan aku kat dalam lif tu...hanya penerajang aku jer dapat menjelaskan maksud yang tersirat itu.Aku ampunkan korang pasai korang pun bukan orang lain dengan aku..macam2 korang boleh buat kat aku..transferkan aku..buang aku.. pendek kata macam2 ler korang boleh buat kat aku kalo aku terajang korang. Kepada yang kebas kasut aku tu...aku tujukan lagu dari filem "Sabarudin Tukang Kasut" dengan ucapan selamat berlatih memikul kasut di Padang Mahsyar sambil menjerit nama aku.."Tokei Pajak ini kasut kawin kau".."Tokei Pajak ini kasut kawin kau"..mungkin seribu tahun ..seratus ribu tahun tanpa jemu.Aku tak tau sapa kau..tapi aku rasa kau samdol,bagidol,bahlol dan suku sakat toyol. Nota khas: Pnut abang terasa kosong tanpa kasut kawin kita tu..tapi apakan daya hanya satu cara jer abang nak dapat balik kasut kawin..........nak kena kawin...kahkahkah
# Tokei |
Permalink | |