Thursday, January 26, 2006


Semalam semasa melayan tv sambil melayan aksi manja Pnut..
tiba2 Najmi cakap.."esok kalo dah besar kita nak jadi Superman,
Spiderman , Posmen"..Spontan kami laki bini gelak besar..
Najmi heran.."kenapa tak boleh ke"..Aku jawab "tak..boleh2".
Bila difikirkan balik..tak salah apa yang Najmi cakap tu
biasalah budak bila bercakap secara jujur apa yang dia tahu,
dia nampak dan apa yang dia dengar.
Aku rasa masa kita bebudak dulupun cam tu jugak.Masa kat sekolah
kalo cikgu tanya nak jadik apa...spontan kita akan jawab benda yang
hampir sama dengan kawan2 lain.Kalo budak lelaki 3 keje paling
glemer masa tu askar,polis dan cikgu. Takde yang pelik pasai masa
tu 3 keje tu lah yang paling popular.Kalo kat kampung aku..
kalo lama tak nampak..depa pi keje tu ler.
Cuba bayangkan kalo masa tu tahun 70-an..bila cikgu tanya kamu nak
keje apa..aku jawab.."nak jadi programmer,web designer,penulis blog"
tobat lahum kawan2 aku mesti gelakkan aku sambil guling-guling..
"ko ni kalo tak sawan pun gila meroyan"..confirmed.
Cuba kita bayangkan apa cucu cicit kita akan jawab soalan yang
sama 30-40 tahun akan datang...masa tu siapa yang akan gelakkan
siapa.

# Tokei | Permalink |



Tuesday, January 17, 2006


Nasib Badan

Aku tengok dia punya..
Dia tengok aku punya..
Dia tanya aku.."ada sama ka?"
Aku tengok balik aku punya..
"eh..betoi ler tak sama"
Macamana boleh tak sama..
Aku punya tulis "CENTRAL SQUARE S.PETANI"
Dia punya tulis "IMBI PLAZA"
Hampehhh camno aku parking kat Imbi tapi
nak bayor pakai resit Central Square punya.
Malu siot..

# Tokei | Permalink |



Wednesday, January 11, 2006


Kuda Pusaka

Aku buntu..apa yang aku tak buat.
Aku dah menolak dia ke depan ke belakang
Aku dah mengerengkan dia..bukan sekali bahkan berkali2
Aku dah hentakkan dia bertalu-talu.
Tapi haram dia masih membisu.
Aku mula geram..aku sepak dia tang belakang
Aku terduduk..tiba2 aku ternampak sesuatu..
Patutlah kau diam takleh start..aku dah offkan
pin salur minyak.Camno aku boleh lupa.
Nasib kaulah motor dapat tuan macam aku.

# Tokei | Permalink |



Saturday, January 07, 2006


Sentuhan Jantan Keramat

Mula2 dia sentuh bahagian depan..
terasa sendat sesak nafas..
orang Perak kata berjelejeh ayor lior.
Lepas tu dia pulas tangan aku ke belakang..
terasa kejang yang amat..
Dia nak rasa sebelah belakang pulak..
aku terasa macam di awang2an..
Bukan 10 minit..20 minit tapi dekat sejam..
kau memang jantan tulen..
Patutlah Cik Mat kata kau tukang urut Melayu terakhir.
Puhhhhhh..kau memang kedebomm.
Badan aku terasa muda dan mantap kembali.

# Tokei | Permalink |