Wednesday, March 15, 2006
Lokasi: di sebuah kedai makan orang Melayu.. Watak: 4 orang jejaka tengah melahap.. Lepas habis melahap..kami mengisi masa lapang sambil melihat dan memberi markah pada setiap awek yang melintasi kami. Jangan salah tafsir..cuma menghargai setiap ciptaan tuhan.
Si Sani sebelah aku tak abis2 merungut pasai nasi yang dia bedal tadi..mungkin tak memenuhi standard tembolok dia kot.Kami yang lain tak kisah..asal dapat memenuhi ruang kosong dalam perut..kira ok lah.Mungkin suhu badan semakin meninggi..Sani macam tak selesa je dok lama2 dalam kedai ni.Dia panggil satu mamat utk beri bil. Mamat tu toleh sekejab tapi saja buat sibuk pi layan orang lain terutamanya meja yang ada ramai awek tu.Tiba2 Sani bangun dengan muka yang merah menyala.Mamat tu perasan..dia datang siap sound lagi.."abang tak boleh sabar ke?"..kurang ajar tu.
Kami dah boleh jangka apa si Sani nak cakap.."Ini cara kau layan customer ..udahlah hodoh muka macam longkang..pi mampus ler kedai kau"..sambil menghempas duit atas meja.Muka mamat tu berubah jadi pucat.Sani sempat tambah lagi .."duit lebih tu ambik masuk kelas sivik".Aku nak redakan marah Sani.."cukup ke 7 kupang tu dia nak masuk kelas sivik".Kahkahkah semua gelak termasuk Sani dan si mamat tu.
Kita hanya merancang ALLAH yang menentukan..masa nak balik tiba2 kete Sani tak boleh nak start pulak..aduh hari dah ler panas terik.Sementara nak menunggu kawan dia datang kami dok kat tepi longkang..sorang member aku cakap.."nasib baik ko kata muka mamat tu cam longkang dapat kita dok kat tepi longkang..kalo ko kata muka dia cam ba**..agak2 kita dok kat mana la ni.." Di tepi kaunter kami tengok mamat tu merenung kami dengan senyum sinis. Itulah lain kali jaga sikit mulut tu.
# Tokei |
Permalink |
Tuesday, February 21, 2006
Babak 1.. Selepas Tol Serdang akan ada 2 jalan..satu ke selatan dan satu lagi ke KL.Pagi tadi masa nak ke opis..tiba2 ada satu mamat bawak kete wira sedan tiba2 nak buat u-turn kat jalan satu lane sehala ke KL.Masa dia dok menyilang kat tengah jalan satu lane tu ..aku sempat brek tapi satu mamat bawak Virago tak sempat buat apa2..dummmmm hantam cantik punya kat sebelah depan kete tu.Babak yang berikutnya hanya depa je yang tau.
Babak 2.. Masa aku pi Shah Alam pulak kat bulatan dekat Tesco tu..macam biasa ler kita sebelah kiri berilah laluan untuk mereka yang datang dari sebelah kanan.Berenti sebelah aku kete proton lama..tiba2 takde angin takde ribut datang sebijik Merc sudah hantam belakang kete proton ni.Yang peliknya saudagar besar tu bole cakap "apasal u berenti kat sini"..semua yang ada terpinga2 sambil merenung saudagar besar tu....
Aku paham apa yang berlaku tu qadak dan qadar ALLAH TAALA..takde sapa yang boleh menghalangnya.Aku pun pernah hentam belakang kete orang..bukan sempurna pun aku.TAPI yang aku tak paham macamana orang boleh buat benda tak masuk akai dan tak sanggup mengaku kesalahan sendiri.Tahun depan aku rasa tak payah ler nak sekat cuti polis2 trafik tu..Kesian kat depa biarlah depa bercuti ngan famili diaorang..ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.Selagi ada pemandu yang bodoh sombong macam tu...selagi tulah accident akan berlaku setiap hari.
# Tokei |
Permalink |
Tuesday, February 07, 2006
Hari ni serba tak kena untuk aku.Pagi tadi dah ler terbabas..terjaga waktu syuruk.Aku pulak terlupa mulai bulan ni aku masuk keje 0845 balik 0545..ini semua NUBE punya kehendak ler.Masa nak kuar rumah baru teringat.. nasib baik Najmi nak pi taska ngan Pnut.Takpe motor aku power..aku sampai opis..aku access ngam2 0845. Cik Siah tegur..'awai bang?"..takpe janji aku sampai lebih awai dari bos kau..bos aku jugak.Tak tau ler apa nak jadi ngan bapak ketam tu. Baru nak duduk relak2..icon email aku dok kelip2 pulak dah.Jin kerajan mana pulak nak sampaikan lagu ni.Aduh ada meeting ler pulak.Takpe aku ada pemain simpanan..call Zol..cuti anak masuk sekolah teknik.Call Lim..mc sakit tekak..call Syima laa camana aku tak tau dia cuti bersalin..sebelum cuti raya cina ari tu aku tengok selamba rock je. Suka tak suka aku ler tanggung bahananya..takkan aku nak kata aku cuti mati. Masa ni segalanya bermula..aku tengok sekali takde..aku tengok sekali lagi pun takde.Mana kasut kawin aku ni.. dengan stokin pakai buang tu pun kau sapu setannnnnnn.Aku sayang kasut tu pasai itulah kasut kawin ..aku hanya pakai kat opis je.Saja nak beritahu awek2 cun kat opis ni aku dah ada yang punya.Time ni ler kau nak kebas kasut aku toyollllllll.Apa nak buat aku pakai sandal je ler. Sebelum ni kalo pi meeting..aku akan pastikan aku orang kedua paling lambat masuk.Kalo 10 orang datang,aku orang ke 9 sampai..kalo 8 orang datang..aku orang ke 7 sampai dan begitulah seterusnya.Tapi hari ni aku orang pertama sampai...diulangi aku orang pertama yang sampaiiiii.Semua yang sampai asyik kenen jer kat aku..aku tau korang jeles tu.Hari ni aku duduk skema nak mampos macam kaki aku dah kena paku kat bawah meja.Depa tak tau aku cover line..takut kantoi ngan boss. Habis meeting pun aku tak macam selalu..biasanya akulah antara orang yang pertama cabut..hari ni dengan tertib aku biarkan orang2 tua tu keluar dulu..berbudi bahasa amalan kita.Lega plan aku menjadi pagi ni..tapi tak lama macam kata orang dulu2 tu..sepandai-pandai engkau merancang..akhirnya termengandung jugak.Aku ingatkan depa semua dah turun ..jadi aku pun pi ler ke lif..bila pintu lif terbuka jer semua yang meeting tadi tu ada..rupanya lif ni naik ke atas dulu..kantoi2..aku tak tergamak nak tulis apa yang depa kutuk dan gelakkan aku kat dalam lif tu...hanya penerajang aku jer dapat menjelaskan maksud yang tersirat itu.Aku ampunkan korang pasai korang pun bukan orang lain dengan aku..macam2 korang boleh buat kat aku..transferkan aku..buang aku.. pendek kata macam2 ler korang boleh buat kat aku kalo aku terajang korang. Kepada yang kebas kasut aku tu...aku tujukan lagu dari filem "Sabarudin Tukang Kasut" dengan ucapan selamat berlatih memikul kasut di Padang Mahsyar sambil menjerit nama aku.."Tokei Pajak ini kasut kawin kau".."Tokei Pajak ini kasut kawin kau"..mungkin seribu tahun ..seratus ribu tahun tanpa jemu.Aku tak tau sapa kau..tapi aku rasa kau samdol,bagidol,bahlol dan suku sakat toyol. Nota khas: Pnut abang terasa kosong tanpa kasut kawin kita tu..tapi apakan daya hanya satu cara jer abang nak dapat balik kasut kawin..........nak kena kawin...kahkahkah
# Tokei |
Permalink |
Thursday, January 26, 2006
Semalam semasa melayan tv sambil melayan aksi manja Pnut.. tiba2 Najmi cakap.."esok kalo dah besar kita nak jadi Superman, Spiderman , Posmen"..Spontan kami laki bini gelak besar.. Najmi heran.."kenapa tak boleh ke"..Aku jawab "tak..boleh2". Bila difikirkan balik..tak salah apa yang Najmi cakap tu biasalah budak bila bercakap secara jujur apa yang dia tahu, dia nampak dan apa yang dia dengar. Aku rasa masa kita bebudak dulupun cam tu jugak.Masa kat sekolah kalo cikgu tanya nak jadik apa...spontan kita akan jawab benda yang hampir sama dengan kawan2 lain.Kalo budak lelaki 3 keje paling glemer masa tu askar,polis dan cikgu. Takde yang pelik pasai masa tu 3 keje tu lah yang paling popular.Kalo kat kampung aku.. kalo lama tak nampak..depa pi keje tu ler. Cuba bayangkan kalo masa tu tahun 70-an..bila cikgu tanya kamu nak keje apa..aku jawab.."nak jadi programmer,web designer,penulis blog" tobat lahum kawan2 aku mesti gelakkan aku sambil guling-guling.. "ko ni kalo tak sawan pun gila meroyan"..confirmed. Cuba kita bayangkan apa cucu cicit kita akan jawab soalan yang sama 30-40 tahun akan datang...masa tu siapa yang akan gelakkan siapa.
# Tokei |
Permalink |
Tuesday, January 17, 2006
Nasib Badan
Aku tengok dia punya.. Dia tengok aku punya.. Dia tanya aku.."ada sama ka?" Aku tengok balik aku punya.. "eh..betoi ler tak sama" Macamana boleh tak sama.. Aku punya tulis "CENTRAL SQUARE S.PETANI" Dia punya tulis "IMBI PLAZA" Hampehhh camno aku parking kat Imbi tapi nak bayor pakai resit Central Square punya. Malu siot..
# Tokei |
Permalink |
Wednesday, January 11, 2006
Kuda Pusaka
Aku buntu..apa yang aku tak buat. Aku dah menolak dia ke depan ke belakang Aku dah mengerengkan dia..bukan sekali bahkan berkali2 Aku dah hentakkan dia bertalu-talu. Tapi haram dia masih membisu. Aku mula geram..aku sepak dia tang belakang Aku terduduk..tiba2 aku ternampak sesuatu.. Patutlah kau diam takleh start..aku dah offkan pin salur minyak.Camno aku boleh lupa. Nasib kaulah motor dapat tuan macam aku.
# Tokei |
Permalink |
Saturday, January 07, 2006
Sentuhan Jantan Keramat
Mula2 dia sentuh bahagian depan.. terasa sendat sesak nafas.. orang Perak kata berjelejeh ayor lior. Lepas tu dia pulas tangan aku ke belakang.. terasa kejang yang amat.. Dia nak rasa sebelah belakang pulak.. aku terasa macam di awang2an.. Bukan 10 minit..20 minit tapi dekat sejam.. kau memang jantan tulen.. Patutlah Cik Mat kata kau tukang urut Melayu terakhir. Puhhhhhh..kau memang kedebomm. Badan aku terasa muda dan mantap kembali.
# Tokei |
Permalink | |